F A K E S M I L E


ブログパーツ ハピネム

ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

kematian itu pasti
ahlan wasahlan 
asalammualaikum semua 
selamat pagi 

rasanya dah lama tak taip keyboard ni . 
alhamdulillah , kita telah menyambut aidilfitri , setelah sebulan berpuasa , kita sudah berada di 11 syawal . pantas masa berlalu . sekelip mata je kita sudah berada di bulan syawal 

yaAllah , hambamu ini merindui ramadhan mu . kehilangan ramadhan , mengubah segalanya dalam diriku . 

sedangku baring sambil jari menaip keyboard , aku terbuka satu blog yang mengisahkan tentang Rasulullah ketika menghadapi sakaratul maut . dulu memang pernah dengar kisah ni , tapi agak "ingat ingat lupa" jadi aku nak lebih kepastian aku terus membaca . aku tak mahu menyebarkan sesuatu , tanpa mengkaji sama ada benda yang akan aku sampaikan itu sahih ataupun sebaliknya . 

yaAllah , betapa sakitnya sakaratul maut itu.sehingga Rasulullah sendiri mengeluh . “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." sedangkan Jibril menyabut Nyawa Rasulullah dengan cara yang paling halus sekali sampai malaikat jibril sendiri tidak sanggup melihat Rasulullah mengerang kesakitan .subhanAllah . 

apatah lagi mahu dibandingkan dengan kami yang hanya insan biasa , yang melakukan dosa siang dan malam , tanpa noktah . agaknya bagaimana lah azab mati itu bagi kami yang hanya insan biasa ni . 

ya Allah alangkah mulia orang yang mati syahid . mati tersenyum melihat kearah langit seolah olah mereka boleh melihat syurga . 
bau darah mereka lebih wangi dari bau limau kasturi . 

ya Allah andai kata aku mati ketika aku sedang lupa pada kau , maka aku mohon beribu keampunan . jika ajal ku sudah menghampiri ku , dan pada ketika itu aku sibuk mengejar duniawi , dan lalai terhadap mu , maka peringatkan lah aku . sesungguhnya aku insan yang lemah lagi jahil 

kita lihat di palestin , saudara kita mati dengan pertumpahan darah , kita mati secara aman , siap dikafan , dimandikan , diwangikan , kubur dihias cantik cantik . kita tak pernah sedar dengan nikmat yang Allah beri . nikmat keamanan . supaya kita ni mampu beribadah dengan tenang , cukuplah palestin menjadi contoh buat kita . berperang sana sini ,tapi rakyat nya masih menunaikan ibadah , walaupun mereka tahu kalau mereka mati , syurga itu sudah pasti buat mereka 

dalam al-quran sendiri mengatakan bahawa "mati itu pasti , tidak kiralah kita tinggal di mahligai yang indah sekalipun" 

jealous betul tengok orang yang mati ketika mereka sedang sujud menghadap Allah . Ya Allah , mulia sungguh orang ini . 

mohon segala maaf kalau ada salah dan silap .
mohon ditegur . semoga kita sama sama dapat meraih hdayahnya :) 


0 comment[s] | back to top

Lima Belas Maksiat Yang Menurunkan Bala


"daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah s.a.w bersabda : "apabila umatku telah membuat lima belas pekara ini maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :

  1. apabila harta negara hanya beredar pada orang orang tertentu 
  2. apabila amanah itu dijadikan sumber keuntungan 
  3. zakat dijadikan hutang 
  4. suami memperturutkan kehendak isteri
  5. anak derhaka terhadap ibunya 
  6. sedangkan ia berbaik baik dengan kawannya
  7. suka menjauhkan diri dari ayahnya 
  8. suara sudah ditinggikan didalam masjid 
  9. yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka 
  10. seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
  11. khamar(arak) sudah diminum dimerata tempat 
  12. kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
  13. para artis disanjung sanjung 
  14. muzik banyak dimainkan 
  15. generasi akhir umat ini melaknat ((menyalahkan) generasi pertama (sahabat) .
maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diroboh menjadi makhluk lain" 
                     
                                                                                       H.R TIRMIZI

sedarkah kita , apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w telah nyata lagi jelas berlaku pada zaman sekarang . mahukah kita tergolong dalam golongan orang yang sesat . kita lebih memilih memperagungkan manusia dari memperagungkan Allah , tuhan kita sendiri . Nauzubillahiminzalik . Semoga Allah jauhkan lah kita dari pekara di atas .




0 comment[s] | back to top

post entah apa apa
hello , asalammualaikum 

peeps , it's about two days kita dah berpuasa . 

alhamdulillah , Allah yang maha penyayang telah menemukan kita semula di bulan puasa . 

hari kedua ni agak penat sikit , tapi terpaksa lah bersabar , memikirkan orang kat somalia tu 2 hari tak makan masih boleh hidup , apakan lagi kita ni .penat mungkin sebab faktor cuaca yang kurang baik . 
pada tahun ni kita semua berpuasa di bulan yang panas . memang terasa gila bahang dia .hahaha 

talking about bulan puasa , banyak makan masa berbuka tadi . 10 minit lagi nak azan dah isi , lauk dekat nasi .*muka excited* nak berbuka . hahahaha . gelojoh gila aku ni . hahaha muka masing masing kebuluq gila .

adik aku yg last lagi selamba gila , dia boleh ambil buah , dah hampir masuk mulut , baru ingat yang dia tu puasa .ahahaha.

tu jelahh cerita aku . bosan en? ye . aku pun bosan sebenarnya baca post aku ni . errr nymapah betul . hahaha


SELAMAT BERPUASA SEMUA MUSLIM 

0 comment[s] | back to top

sharing is caring
hye blogerians . haha . harini nak cerita pasal couple . 

sebenarnya nak cerita pasal "Couple boleh menyebabkan kita jauh dari Allah" adakah ianya benar atau sebalik nya

saya akan beri berdasarkan apa yang pernah saya lalui . 
bukan nak kata diri ni baik atau perfect . 
aku pun pernah couple couple ni . mustahil lah kalau aku kata aku tak pernah couple . nampak sangat bohongnya . sekarang aku single mana tahu esok lusa aku couple ke kan ? kita manusia biasa boleh berubah ubah . tapi mintak lah dijauhkan dari semua tu .

okay berbalik pada tajuk asal . 
harap apa yang saya cuba sampaikan ni dapat membuka mata semua 
  1.  kita sedar tak , bila kita couple , kita mesti nak text , tweet , otp jadi benda benda ni semua akan mengehadkan waktu kita dengan Allah . contohnya kita takde masa nak mengaji lama lama . takut boyfriend tunggu katanya .
  2. masa solat mesti tak khusyuk . kejap kejap teringat . lepastu khusyuk balik . jadi solat akan terumbang ambing . banyak benda yang kita lupa . 
  3. bila kita dah jauh dari Allah hati dan perasaan kita mudah dilukai oleh orang . sebab kita takde perlindungan dari Allah . hati kita ni semuanya dijaga oleh Allah . kalau kita lupa Allah , Allah pun akan lupa kita . 
  4. bila kita bercinta kita mesti akan selalu emosional . macam marah marah . menangis pada yang bukan mahram bagi kita . itu semua hasutan dari syaitan dan kita dengan senangnya terperangkap dalam perangkapnya . 
sampai sini saja yang saya mampu perkatakan . kalau salah mohon ditegur . bye asalammualaikum . 

0 comment[s] | back to top

JEREBU :(
*cough cough cough* *acummmm* hmmm hyee ppls . harini tak berapa nak sihat . hidung ni gatal gatal pulak asyik nak bersin .

Asalammualaikum semua . memandangkan harini sekolah satu selangor dan kuala lumpur dapat cuti , jadi aku nak update pasal jerebu ni . hmmm keadaan kat tempat aku teruk lah jugak dengan bacaan 214 ipu . jumlah yang banyak . 

okayy kita lihat keadaan di johor iaitu dia muar . semalam dari pukul 11 pg sehingga 6 petang bacaan ipu disana adalah 690. dan bacaan ipu hampir mencecah 750 .

bayangkanlah ehh

kalau tempat aku yang bacaan ipu nyaa tak sampai 300 , dah tak nampak apa apa . apatah lagi di muar . 

semalam dato sri najib mengisytiharkan darurat . haihhh kejamnya lah manusia sekarang ni, nak kerja senang , lepas tu buat pembakaran terbuka .

pagi pagi tadi after solat tadi , aku pergi lah bagi kucing makan kat luar . hmm kesiannya haiwan yang tak bersalah pun terkena tempias .aku tengok mata kucing aku dia ada merah sekeliling mata dia . dan aku perasan dia pun kurang selera makan . hmmm kesian gila .

orang indon sememangnya takde otak , kalau negara dia kaya untuk bayar ganti rugi sebab dah tempiaskan asap kat negara kita takpelah kan ~ 

haiwan perlukan udara  , kita (manusia) perlukan udara , tumbuhan perlukan udara .

kalau tumbuhan tak dapat cahaya matahari yg secukupnya , macam mana dia nak keluarkan oksigen untuk kita . 

hmm lagi lagi sekarang ni kan dah nak dekat puasa , aku bukannya boleh tahan dengan asap ni , nanti mesti asma . harap harap lah jerebu ni berakhir secepat mungkin .

semua orang suka kan bila jerebu , sebab boleh cuti .

kalau kita nak berseronok je dalam hidup ni pun tak boleh jugak . kadang kadang kita perlu untuk berfikir tentang masa akan datang dan jugak kesan buruknya .

jadi sampai sini je lah .
jumpa lagi


0 comment[s] | back to top