F A K E S M I L E


ブログパーツ ハピネム

ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

Renungkan
HYE IZZUEZERS 
ASALAMMUALAIKUM
pagi pagi macam ni aku nak merepek kejap , 
tetiba teringat yang Izzue Islam dah khawin , mesti ramai gila girls yang menderita + sedih gila bila dengar Izzue dah khawin . 
gila tak frust , aku pun frust jugak sebenarnya . 
and now , talking about KHAWIN , teringat satu post yang aku pernah baca tentang CINTA HIGH CLASS
. CINTA HIGH CLASS ?????
whats that ? 
Cinta High Class bermaksud , cinta yang mengutamakan Allah dalam setiap apa yang kita lalui . cinta yang berlandaskan islam , cinta berlandaskan agama Allah , dan bukannya couple . 
yahh aku sedar diri ini masih lemah , untuk tepis dugaan syaitan . dan dirini tak mampu bagi cinta high class pada seseorang . 

menyentuh seseorang yang bukan mahram bagi kita adalah haram , walaupun hanya dalam ingatan . SAYA ULANGI SEKALI LAGI IANYA ADALAH HARAM !!!

so kalau awak rindu pada seseorang sampaikanlah ianya melalui doa, dan rindu kerana Allah . kalau tetiba korang teringat dekat makwe/pakwe/crush ke , cepat2 istighfar . sebab pekara ni membuat kan syaitan suka .

perasaan rindu terhadap yang bukan mahram itu ada lah ujian dari Allah , untuk melihat sejauh mana kita mengutamakan DIA dalam soal bercintan cintun 

dalam islam memang tak larang kalau nk bercinta . malah rasulullah pun suruh kita cinta mencintai antara satu sama lain 

TAPI !!!! "dengar tu ... ada tapi Nya" 

awak kenalah jaga batas . bukannya kata dengan mak nak pergi tusyen rupanya berdating belakang semak . syaitan ni memang licik . kalau dia nak goda , dia akan goda wanita dulu . lelaki takkan tergoda kalau wanita takde depan mata , yang perempuan pun tak payah nak tergedik gedik dengan lelaki . nanti bila perut dah boroi , pandai menangis . 

bukan nak mengata , tapi peringatan untuk diri , dan juga panduan kita . hmphh cukuplah bayi kat malaysia ni dibuang . cuba anda letakkan diri anda kat bayi tu , apa anda rasa . 

cuba kita renung kes dekat china baru baru ni . bayi tersangkut dekat paip najis tu ,hmm benar lah kan Allah tu maha kuasa , walaupun bayi tu tersangkut dalam pili yang sempit tu , dia masih boleh hidup lagi . korang tak kesian ke ? sedangkan kucing kat rumah aku ni pun tak pernah nak buang anak dia , inikan manusia yang berakal . 

dulu masa suka , tak ingat tuhan .bila dah beranak pinak , budak yang tak bersalah tu kau jadi kan mangsa . 

kalau dah gatal sangat khawin jelah , apa susah . elakkan maksiat dari berlaku . buat apa nak fikir pandangan orang lain ? Asalkan baik dimata Allah itupun dah mencukupi . kita tak kekal kat dunia ni . kalau kita mati orang akan tutup mulut lah . lainlah kalau orang tu memang mulut paparazi kan . itu kita redha jelah . mulut orang tak boleh nak tutup . 

hmmmm cukuplah sampai sini je aku membebel . korang pun dah bosan aku rasa .

Take it as a moral value :) 
maruah itu tak mampu dibeli,kalau dah terjual 

semuanya terletak ke atas diri kita sendiri . kalau awak rasa awak sayang Allah dan Nabi Muhammad , maka jaga lah batas awak sebagai seorang muslim dan muslimah . 

dan kepada awak wahai kaum adam , kuat kan iman awak , kalau makwe awak pakai seksi2 ke , cubalah ditegur . awak yang melihat dah dapat dosa , tambah lagi dosa awak sebagai seorang pemimpin kerana tak mampu menegur benda yang haram . 

maafkan lah diri saya jika tersalah kata . saya manusia biasa . jadi kalau saya salah , mohon lah ditegur . biar kita sama2 dapat pahala . aamiin :) 



0 comment[s] | back to top