F A K E S M I L E


ブログパーツ ハピネム

ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

LOVE IS BLIND


Asalammualaikum peeps ! today i want to Post about Love and mariage again XD hahaha . aku ni macam ada pengalaman pulak nak post pasal perkhawin . hmm tapi takpe , aku kongsi setakat mana aku mampu .

kawan kawan aku sejak izzue islam khawin depa pun sibuk dok kata nak khawin awai lah , itu lah ini lah ~ cehh pun pelik sebenaqnya , apa yang beish sangat dengan khawin awal tu . mungkin untuk mengelakkan maksiat okayy cheq paham , tapi yang gatai dok kata khawin tu beshh , pekebendanya beshh . 

hang pikiq khawin ni macam main mak-mak kaa ? haaa khawin ni bukan untuk sehari dua . kalau boleh biar lah kita belajar dulu cara nak urus rumah , cara nak urus diri . ni tak , kata nya lepas spm nak khawin terus . hamboii kemain semangat lagi kawan cheq sorang ni XD hahaha .

masa bercinta memang lah tak nampak keburukkan pasangan masing masing . masa bercinta ayat bermadah madah bagai . kalau ice kat kutub utara tu hidup , ice tu dengar pun boleh cair . hahahaha . kebanyakkan perempuan yang mudah tertipu dengan kata2 manis lelaki propaganza ni .

lelaki masa nak dapatkan sesuatu , dia akan beria ia nak  tapi bila dah dapat , jangan tanya kenapa kalau dia perlahan lahan tinggalkan awak . bagi dia awak ni mudah didapati dan tak ada cabaran bagi dia .

lelaki memang mahir bab karang ayat berbungga bungga ni . jadi perempuan jangan lah mudah terpedaya . bila kita dah terjerumus atau dalam erti kata lain dah cair dengan ayat ayat lelaki sebegini , anda takkan nampak di mana buruk dia . walaupun beribu orang kata yang dia tu teruk perangainya , ada tetap tak kisah . yang pasti anda tahu dia romantik .hahaha . ini namanya cinta buta . bila dah bercinta , biar beribu orang mengatakan yang dia tu tidak baik , anda tetap tak akan percaya . 

dan bila dah bercinta bagai nak rak akhirnya mereka disatukan dalam ikatan yang sah . 
sebulan - tiga bulan tu mungkin bahagia , yelakannn mood honeymoon katakan xD
masa tu semuanya indah indah XD selepas itu baru kita akan kenal warna sebenar pasangan kita . 
haaaa , time tu kalau pasangan kita tu memang benar2 baik , Alahamdulillah . tapi kalau sebaliknya , buatlah solat bnyak banyak supaya Allah lembutkan hati pasangan kita . 

orang bercinta bagai nak raksebelum khawin , nanti bila dia dah khawin , rasa kemanisan perkhawinan itu hilang . "Antara kebesaran Allah tu apabila Dia menciptakan suami isteri untuk berkasih sayang"

merujuk kepada ayat diatas , Allah suruh suami isteri berkasih sayang , dan bukannya pakwe makwe berkasih sayang . nampak tak perbezaannya ? dalam erti kata lain , maksud ayat ini menyeru kita untuk bercinta selepas bernikah . lebih afdhal dan barakah :)

Perkhawinan ini bukan untuk sebulan dua bulan , kalau boleh nak sampai ke jannah . inshaAllah .

pada pendapat saya sebagai seorang remaja , saya mahu menghabiskan masa yang ada ini untuk berpuas dan merasai rencah kehidupan sebagai seorang remaja . kadang kadang tu jealous lah jugak tengok orang dah khawin , tapi memikirkan yang perjalanan saya masih jauh , masih ada banyak perlu dipebelajari , jadi saya cuba untuk tidak jealous dengan pengantin pengantin/suami isteri kat luar sana . XD

perempuan kenalah pandai pilih , kalau tersalah pilih diri yang merana . kalau perempuan yang baik berkhawin dengan lelaki yang kurang baik , dan mengharapkan perempuan itu boleh mengubah lelaki tersebut , adalah sangat mustahil , berbeza dengan lelaki yang baik berkhawin dengan wanita yang kurang baik , maka senang bagi lelaki itu , kerana lelaki/suami itu mempunyai sifat yang tegas dalam kelembutan . kalau nak harapkan isteri betulkan suami seriously saya cakap memang susah , kerana lelaki ada ketua , dan kita adalah hamba . so mustahilkan seorang ketua hendak mendengar cakap seorang hamba . melainkan setiap kali solat kita berdoa , minta Allah beri kelembutan padanya . doa adalah senjata bagi umat islam .

sampai sini sahaja saya menaip , naik penat dah . saya minta maaf , kalau ada yang tersalah , mohon ditegur . saya berlapang dada untuk menerima semuanya . inshaAllah , Allah telah janjikan wanita yang baik untuk lelaki yang baik , dan begitu juga sebaliknya .

yang baik itu datang dari Allah , dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya .

ambil yang jernih buang yang keruh .

byee . asalammualaikum :)

0 comment[s] | back to top